my nuffnang

Pages

Wednesday, October 04, 2017

Raja Puan Besar Perak Mangkat

Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, mangkat pada jam 5.07 petang tadi.

Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebentar tadi menerusi satu kenyataan media.

Beliau berkata, sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan kemangkatan almarhumah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitah negeri Perak akan berkabung sehingga selesai permakaman dan bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separa tiang.

"Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh. "Rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 10 pagi hingga 11.30 pagi manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula jam 11.30 pagi. "Saya mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah," katanya.

Zambry berkata, jenazah almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar  selepas solat Asar esok. Almarhumah Raja Nor Mahani,75, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Jadual UPKK 2017 Diubah Akibat Kejadian Pecah Masuk Di JAIM
-- Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)

No comments: